Tuesday, April 28, 2009

motivasi 1 minit : mahu jadi orang bijak,lebih bijak atau paling bijak..?

"Orang yang bijak adalah yang dapat memberi motivasi dan kata-kata hikmah yang boleh membuat orang lain berubah ke arah lebih baik.

Orang yang lebih bijak adalah orang yang dapat mengaplikasikan kepada diri sendiri motivasi dan kata-kata hikmah yang disampaikan kepada orang lain.

Orang yang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.Maka dia akan sentiasa memberi motivasi dan kata-kata hikmah yang boleh membuat orang lain berubah ke arah lebih baik dan mengaplikasikan motivasi dan kata-kata hikmah yang disampaikan kepada orang lain hingga dapat mengubah diri sendiri ke arah lebih baik.Dia juga akan sentiasa mendengar motivasi dan mengambil kata-kata hikmah dari orang lain lalu mengaplikasikan ke atas dirinya sehingga menjadi yang terbaik sebelum ajalnya tiba."

No comments: