Thursday, April 30, 2009

Musafir Tua


Musafir tua,
Sudah lama dia berkelana,
Membawa dirinya ke segenap pelusuk dunia,
Mengejar cita mencari kuasa,
Membina empayar gah di persada,
Hartanya menimbun seluas benua,
Pengalamannya hebat seluas samudera..

Walau dicuba bersuka ria sentiasa,
Berfoya-foya dalam kelambu masa,
Namun hatinya tiada gembira,
Bimbang gelisah gundah gulana,
Keluh kesah tiada punca,
Alkisah diri sangat merana,
Hidupnya terhijab nikmat bahagia,
Jiwanya gersang serba tak kena..

Musafir tua muhasabah dirinya,
Diingat kembali rentetan hidupnya,
Baru tersedar salahnya apa,
Lupa tujuan asal diciptakan Pencipta,
Alpa dan leka dek godaan fatamorgana,
Terpukau dengan bayangan syurga sementara..

Diinfakkan semua harta yang menjadi angkara,
Kembali dia kepada Penguasa,
Penuh sesal memohon ampun,rahmat dan redha,
Air mata mengalir melewati kedut-kedut diwajahnya,
Sujud tawaduk bercahaya iman dan taqwa,
Merasa diri tersangatlah hina dihadapanNya..

Pesan musafir tua pada musafir muda,
Jangan diikut rentak sumbang langkahnya,
Quran dan hadis jadikan pegangan utama,
Agar tak tergelincir dalam menongkah arus dunia,
Agar tak tergelincir dalam menggapai sinar dan redhaNya..

Wednesday, April 29, 2009

nasi goreng tom yam ellyana mawaddah




Bahan-bahan ( 2 orang )


  • 2 mangkuk nasi

  • 10 ekor udang segar

  • 5 ekor sotong kecil

  • 100g daging ayam - potong dadu

  • 100g daging lembu – potong dadu

  • 4 biji bawang merah – giling halus

  • 2 biji bawang putih – giling halus

  • 3-4 biji cili padi – giling halus

  • 1 peket perencah tomyam adabi

  • carrot – potong dadu

  • tomato - potong dadu

  • 1 batang serai - ketuk

  • 3 helai daun limau purut – dihiris halus-halus

  • 3 biji telur

  • garam secukup kasih sayang


Cara-cara



  1. Tumis bawang merah,bawang putih,cili padi yang telah digiling halus hingga naik bau wangi yang membuat anda bersin dan jiran-jiran tertarik untuk datang menjenguk.

  2. Campakkan perencah tomyam dengan ditambah air sedikit.Campakkan ayam dan daging.biarkan masak sekejap.

  3. Lontarkan sotong, udang, carrot,tomato,serai yang telah dihentak dan daun limau purut.gaul rata.

  4. Pecahkan dan musnahkan telur dan taburkan garam secukup kasih sayang. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.

  5. Hias dengan hiasan kreatif secantik mata memandang.

  6. Hidang dengan agar-agar jelly sebagai pencuci mulut.

-selamat mencuba dan senyum selalu-

favourite song : dia kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Tuesday, April 28, 2009

motivasi 1 minit : mahu jadi orang bijak,lebih bijak atau paling bijak..?

"Orang yang bijak adalah yang dapat memberi motivasi dan kata-kata hikmah yang boleh membuat orang lain berubah ke arah lebih baik.

Orang yang lebih bijak adalah orang yang dapat mengaplikasikan kepada diri sendiri motivasi dan kata-kata hikmah yang disampaikan kepada orang lain.

Orang yang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.Maka dia akan sentiasa memberi motivasi dan kata-kata hikmah yang boleh membuat orang lain berubah ke arah lebih baik dan mengaplikasikan motivasi dan kata-kata hikmah yang disampaikan kepada orang lain hingga dapat mengubah diri sendiri ke arah lebih baik.Dia juga akan sentiasa mendengar motivasi dan mengambil kata-kata hikmah dari orang lain lalu mengaplikasikan ke atas dirinya sehingga menjadi yang terbaik sebelum ajalnya tiba."

motivasi 1 minit : jangan sesekali lepaskan peluang!!!

“Don’t let even one second when the opporturnity is in front of you.Just grab it and don’t hesitate.Maybe it’s your luck.”

rumput yang hijau

pernah dengar x atau ingat lagi x pada kisah rumput yang hijau..?saya pown dah x ingat sangat tapi citernyer lebeyh kurang camni tapi dah di up to date kan cket..maybe we can say it another version of story..

Seorang guru berkata pada student2nya..siapa boleh cari rumput paling cantik di padang sekolah..?ada syarat2nya..kamu perlu berjalan dari pinggir padang hingga ke hujung padang..kalau kamu nampak rumput yang paling hijau dan cantik di antara semua rumput2 laen di padang,kamu ambil..tapi dengan syarat setiap kali kamu melangkah kamu x boleh lagi mengambil rumput yg telah kamu lewatkan atau ada di belakang kamu..sape brani sahut cabaran saya..?

student X kuar..saya sanggup..!saya pown sanggup..!student Y plak tampil ke hadapan..

student X melangkah masuk ke padang..wow luasnya..dia pown memulakan langkahnya..hurm mana rumput yg paling hijau dan cantik eaah..eh yang ni cantik..tp nanti dulu yang kat depan2 mesti lagi cantik2..dia pown terus melangkah..fuyoo yang ni lebih hijau dan cantik dari yang tadi..xpela aku nak tengok yang kat depan lagi..mana tahu ada yang lebih hijau dan lebih cantik dari yang ni pulak..dia melangkah dan terus melangkah..sehinggalah sampai ke hujung padang..alamak dah x de yang paling hijau dan cantik..rugi aku x amik yang tadi..alangkah menyesalnya..dia pown pulang ke kelas dengan tangan yang kosong..

student Y laen plak alkisahnya..dia ni bijak dan ada jer akal dia..aku msti dapat punyer rumput paling hijau dan cantik..dia pown berjalan masuk padang..eh yang ni mesti paling hijau and cantik,aku nak amikla..alaaa dia cakap x bleh amik rmput yang dah terlepas kat belakang,bukan x bleh amik lebih dari 1 kan..ahhah,aku dapat idea..dia jalan lagi..yang ni lebih cantik dan hijau la..Y lepaskan rumput yang ada di tangannya..dia amik rumput yang baru 2..eh yang kat hujung 2 lagi hijau dan cantik..rumput yang di tangan terus dicampakkan..dia amik pulak rumput yang dirasakan lebih hijau dan cantik tersebut..tapi last2 sekali dia tengok kembali tangan dia..tiba2 dia rasa x sure adakah rumput yang dipegangnya rumput paling hijau dan cantik dari sume rumput kat situ..akhirnya dia pulang ke kelas dengan tangan kosong..

senang je point kat sini ibarat kita nak cari pasanganla mestila nak yang terbaek kan..tapi kalau kita terlalu mencari yang terbaek..kadang2 kita terlepas pandang yang ada depan mata kita..sampai nanti bila dia dah x de depan mata kita baru kita rasa kehilangan..baru kita rasa dialah yang kita cari2 dan terbaek bwat kita..tp kita x bleh nak memutar waktu mencari dia yang hilang..dah x bleh nak berpatah ke belakang..

Point yang laen plak,bila kita dah amik rumput 2 cam kita dah plih r pasangan kita..tapi dalam masa yang sama kita masih mencari-cari yang lebih terbaek padahal kita sndiri pown x perfect..klu cam2 bwat apa kita amik rumput yang tadi in the 1st place kan..kalau dah tahu belom yakin betol dengan rumput 2 bwat apa kita amik dia..pastu bila dah jumpa rumput yang laen..senang2 je campak rumput yang lama..ingat apa..?rumput yang lama ni x der perasaan ke..?last2 sendiri pown confuse mana yang terbaek..padan dengan muka…! Pendek kata dalam mencari yang terbaek fikirlah dalam2..once dah bwat pilihan yakinlah dia yang terbaek..and bercinta yang halal adalah selepas nikah..hoho..(*_*)

motivasi diri : jangan sesekali lepaskan peluang!!!

Seorang jutawan sedang memberi ucapan dalam sebuah majlis.Tiba-tiba dia mengeluarkan 10 keping duit RM100 dan berkata siapa nak duit ni sila tampil ke hadapan.Tiada reaksi dari mereka-mereka yang duduk dihadapannya.

Dia mengulang lagi tawaran itu sehingga kali kedua.Ada yang mahu tampil kehadapan baru dua tiga langkah tidak jadi dan duduk semula di kerusinya.Ada yang hanya memandang ke kanan dan kiri menunggu reaksi orang lain.Ada juga yang mahu bangun kemudian duduk kembali apabila kawannya berkata “kau ingat dia betul-betul ke nak bagi..?biar betul..!cam tak boleh caya je..unsangkarable la kalau dia nak bagi”.Ada antara mereka menolak-nolak antara mereka siapa yang mahu pergi “kaulah pergi..aku tak beranila”.. “eh,apasal aku pulak..kaulah pergi”.Akhirnya tetap tiada orang yang mahu kehadapan.

Jutawan itu mengulang tawarannya buat kali ketiga.Kebetulan ada seorang pemuda yang lalu di situ.Mendengat tawaran Jutawan itu pemuda itu terus tampil ke hadapan dan mengambil duit itu.Mereka yang lain terpinga-pinga kerana tidak percaya.Bukan tidak percaya apa..tidak percaya dengan kebododahan mereka sendiri yang akhirnya masing-masing gigit jari.

“Don’t let even one second when the opporturnity is in front of you.
Just grab it and don’t hesitate.Maybe it’s your luck.”

Maksudnya kat sini apa saja peluang yang datang depan mata jangan sekali dilepaskan atau dibiarkan berlalu begitu saja.Siapa tahu rezeki menyebelahi kita.Belum cuba belum tahu.Dan jangan bermain-main dengan perasaan ragu-ragu kerana perasaan ini hanya akan merugikan.Kenapa kita nak menakut-nakutkan diri kita dengan sesuatu kegagalan yang belum terjadi dan kenapa tidak kita semangatkan diri kita dengan kejayaan dan kecemerlangan yang mungkin milik kita asal kita berusaha.

-salam motivasi dan senyum selalu-

Friday, April 24, 2009

Solat Istikharah

Bila nak kahwin je first thought yang muncul dalam benak kepala kiter adalah betul ke tak pilihan hati ni.Macam-macam rasa timbul dalam hati..gelisah,risau,bimbang,masam,manis semua ader..Dan biasanya solat istikharah akan menjadi jalan keluar agar keputusan yang dibuat adalah paling tepat dan terbaik.Camne pulak dengan keputusan-keputusan laen dalam kehidupan ni..?Haaaa rupa-rupanya kiter terlepas pandang yang dalam kehidupan sehari-hari ni kiter memang tak bleyh lari dari membuat keputusan.Setiap detik,saat dan ketika kiter perlu mengambil keputusan untuk menyelesaikan kehidupan seharian kiter..Contohnyer bangun pagi nak pakai baju ape..nak makan ape..nak beli ape..nak pegi jalan-jalan kat mana..and examples paling mudah dalam exam nak pilih jawapan mana yang terbaek..huhu yang ni memang macam nak pecah kepala nak pikir especially bagi students la..Itu baru sehari,blom seminggu,sebulan,setahun dan seterusnyer..

Amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Sebuah kisah benar untuk dikongsikan bersama :

Sahabat saya ada seorang kawan.Kawan dia ni kira cam best student la kat sekolah menengah dia n sampai masuk university pown masih lagi jadi best student.K nama dia Hasniza.Dia ni memang selalu dapat straight A’s tak pernah dapat B walaupun dalam ujian-ujian kecik hatta kuiz sekalipown.Maka sahabat saya ni bertanya la apakah petua atau tips yang dia pakai.Dia jawab dia buat solat istikharah setiap hari agar setiap keputusan yang dibuat adalah yang terbaek dan paling tepat untuk dirinya.

Bayangkan dia solat istikharah setiap hari..kiter ni jangankan seminggu sebulan pown tak jamin amalkan solat sunat ni..biler dah datang saat-saat kecemasan..biler pikiran dah jadi tak tentu hala..and dah keliru sangat-sangat baru nak buat solat istikharah..So,point dia kat sini marilah kiter amalkan solat istikharah ni moga-moga ader banyak kelebihannya kepada kiter..amin

Thursday, April 23, 2009

Asma Bronkial

Asma bronkial, atau lebih terkenal dengan sebutan asma atau sesak nafas, telah dikenal luas di masyarakat. Namun pengetahuan tentang asma bronkial hanya terbatas pada gejala asma bronkial saja, diantaranya dada terasa tertekan, sesak nafas, batuk berkahak, nafas berbunyi dll.
Asma bronkial merupakan salah satu Penyakit Paru Obstruktif Kronik iaitu penyakit paru yang memiliki kumpulan gejala klinis (syndrome) seperti yang telah disebutkan di atas terdiri dari:Asma Bronkial,Bronkitis kronik (radang saluran nafas bagian bawah),dan Emfisema paru (penurunan daya elastik paru).

Faktor penyebab salah satunya adalah pencemaran udara yang berasal dari asap rokok, cerobong kilang/industri, dan asap kendaraan bermotor. Semakin tua usia seseorang akan semakin lama menghisap udara yang tercemar dan semakin besar kecenderungan untuk menderita penyakit ini.

Penyakit asma bronkial secara umum adalah penyakit saluran pernafasan yang ditandai dengan: Sesak nafas/sukar bernafas yang diikuti dengan suara “wheezing” (bunyi yang meniup sewaktu mengeluarkan udara/nafas),Rasa berat dan kejang pada dada sehingga nafas jadi termengah-mengah.Biasanya disertai batuk dengan kahak yang kental dan perasaan menjadi gelisah dan cemas.

Sedangkan berdasarkan ilmu kedokteran, penyakit asma bronkial adalah penyakit saluran pernafasan dengan ciri-ciri saluran pernafasan tersebut akan bersifat hipersensitif (kepekaan yang luar biasa) atau hiperaktif (bereaksi yang berlebihan) terhadap bermacam-macam rangsangan, yang ditandai dengan timbulnya penyempitan saluran pernafasan bagian bawah secara luas, yang dapat berubah tahap penyempitannya menjadi normal kembali secara spontan dengan atau tanpa pengubatan.

Kelainan dasar penyempitan saluran pernafasan yang berakibat timbulnya sesak nafas adalah gabungan dari keadaan berikut iaitu kejang/berkerutnya otot polos dari saluran pernafasan,sembab/pembengkakan selaput lendir,proses peradangan serta pembentukan dan timbunan lendir yang berlebihan dalam rongga saluran pernafasan.

Saturday, April 4, 2009

Abdurrahman b. 'Auf

Hari ni sy nak citer cket pasal Abdurrahman b. ‘Auf coz baru2 ni usrah sy bncang pasal beliau n sy telah diberi amanah untuk mencari n menyampaikan tazkirah..ok guys let the story begin..

Pada suatu hari, kota Madinah sedang aman dan tenteram,terlihat debu tebal yang mengepul ke udara, datang dari tempat ketinggian di pinggir kota; debu itu semakin tinggi bergumpal-gumpai hingga hampir menutup ufuk pandangan mata. Angin yang bertiup menyebabkan gumpalan debu kuning dari butiran-butiran sahara yang lunak, terbawa menghampiri pintu-pintu kota, dan berhembus dengan kuatnya di jalan-jalan raya.Orang banyak menyangkanya ada angin ribut yang menyapu dan menerbangkan pasir. Tetapi kemudian dari balik tirai debu itu segera mereka dengar suara hiruk pikuk, yang memberi tahu tibanya suatu iringan kafilah besar yang panjang.

Tidak lama kemudian, sampailah 700 kendaraan yang sarat dengan muatannya memenuhi jalan-jalan kota Madinah dan menyibukkannya. Orang banyak saling memanggil dan menghimbau menyaksikan keramaian ini serta turut bergembira dan bersukacita dengan datangnya harta dan rezeki yang dibawa kafilah itu ……

Ummul Mu’minin Aisyah r.a. demi mendengar suara hiruk pikuk itu ia bertanya: “Apakah yang telah terjadi di kota Madinah…..?” Mendapat jawaban, bahwa kafilah Abdurrahman bin ‘Auf baru datang dari Svam membawa barang-barang dagangannya. Kata Ummul Mu’minin lagi:“Kafilah yang telah menyebabkan semua kesibukan ini?” “Benar, ya Ummul Mu’minin … karena ada 700 kendaraan!” Kemudian berkata Aisyah r.a: “Ingat, aku pernah mendengar
Rasulullah saw. bersabda:“Kulihat Abdurrahman bin’Auf masuk surga dengan perlahan-lahan!”

Seorang sahabat juga pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:
“Wahai ibnu ‘Auf! anda termasuk golongan orang kaya dan anda akan masuk syurga secara perlahan-lahan ….! Pinjamkanlah kekayaan itu kepada Allah, pasti Allah mempermudah langkah anda….!”

p/s:kakak usrah sy cakap org kaya ni memang akan masuk syurga dengan perlahan kerana sering leka dan alpa dengan kekayaannya dari mengingati Allah.Atau kekayaan n kebusy-an dy sering bwat masa dy jadik sangat terhad n kurang utk beribadat kepada Allah.Hanya orang2 yang tidak alpa dan membelanjakan sebahagian hartanya di jalan Allah akan memperoleh keuntungan di dunia dan akhirat..

Dan sebelum tali-temali perniagaannya dilepaskannya,ditujukannya langkah-langkahnya ke rumah Aisyah lalu berkata kepadanya: “Anda telah mengingatkanku suatu Hadits yang tak pernah kulupakannya….”. Kemudian ulasnyalagi: “Dengan ini aku mengharap dengan sangat agar anda menjadi saksi, bahwa kafilah ini dengan semua muatannya berikut kendaraan dan perlengkapannya, ku persembahkan di jalan Allah ‘azza wajalla…..!” Dan dibahagikannyalah seluruh muatan 700 kendaraan itu kepada semua penduduk Madinah dan sekitarnya dengan ikhlas.

Peristiwa yang satu ini saja, melukiskan gambaran yang sempurna tentang kehidupan sahabat Rasulullah, Abdurahman bin ‘Auf. raya. Kekayaan yang paling banyak dan melimpah ruah …! Beliaulah seorang Mu’min yang bijaksana yang sudi kehilangan bagian keuntungan dunianya untuk peroleh keuntungan Agamanya.

Keberuntungannya dalam perniagaan sangat hebat, hingga katanya:“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak……!”

Dan watak dinamisnya ini terlihat sangat menonjol, ketika Kaum Muslimin hijrah ke Madinah ….Telah menjadi kebiasaan Rasul pada waktu itu untuk mempersaudarakan dua orang sahabat, salah seorang dari muhajirin warga Mekah dan yang lain dari Anshar penduduk Madinah.
Ketika itu Rasul yang mulia mempersaudarakan antara Abdurrahman bin ‘Auf dengan Sa’ad bin Rabi’….

Dan berkatalah Sa’ad kepada Abdurrahman: “Saudaraku, aku adalah penduduk Madinah yang kaya raya, silakan pilih separoh hartaku dan ambillah! Dan aku mempunyai dua orang isteri, coba perhatikan yang lebih menarik perhatian anda, akan kuceraikan ia hingga anda dapat memperisterinya……!

Jawab Abdurrahman bin ‘Auf: “Moga-moga Allah memberkati anda, isteri dan harta anda! Tunjukkanlah letaknya pasar agar aku dapat berniaga….!Abdurrahman pergi ke pasar, dan berjual belilah di sana…..beliau pun beroleh keuntungan yang berlipat kali ganda.Subhanallah.

Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:
1.Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.

2.Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3.Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…(Cash transaction only)

K kesimpulan dy kat sini banyak yg bleyh kiter contohi dari Abdul Rahman b. Auf..semoga segala yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada kiter semua..(^_^)

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya dijalan Allah kemudian mereka tidak mengiringi apa yang telah mereka nafqahkan itu dengan membangkit-bangkit pemberiannnya dan tidak pula kata-kata yang menyakitkan, nescaya mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka; mereka tidak usah merasa takut dan tidak pula berdukacita … !”(Q·S. 2 al-Baqarah: 262)





Friday, April 3, 2009

Menjaga Hak2 Allah..

Sabda Rasulullah s.a.w:
Jagalah Allah, Nescaya Allah akan sentiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering. (HR Tirmidzi r.a)

Sabda Rasulullah s.a.w:
Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Allah akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu. Ketahuilah bahwa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi cubaan dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan. (HR Tirmidzi r.a)

Kedudukan Hadis2 ini sangat agung karena memuat wasiat Rasulullah s.a.w yang sangat penting.

Menjaga Allah adalah dengan cara menjaga hak-hakNya. Hak-hak Allah ada dua macam, yaitu hak-hak yang wajib dan hak-hak yang sunnah. Dengan menunaikan kewajiban, dan memelihara sunnah berarti telah menjaga Allah. Menjaga Allah dalam batasan yang wajib yaitu menegakkan tauhid, dengan cara melaksanakan perintah dan menjauhi larangan. Lebih dari itu adalah sunnah. Manusia berbeda-beda derajatnya dalam menjaga Allah.Penjagaan Allah terhadap manusia terwujud dalam dua bentuk, yaitu:Menjaga urusan dunianya(menjaga kesihatan badannya, melapangkan rezekinya, menjaga anak dan isterinya, dan lain-lain) dan Menjaga urusan agamanya.

Bentuk penjagaannya berupa: hatinya bersih dari kotoran syubhat, sentiasa terikat dengan Allah, penuh rasa harap kepada-Nya, senantiasa bertaubat kepada-Nya, dan anggota badannya terbebas dari memperturutkan hawa nafsu. Melalaikan menjaga Allah dapat berakibat hilangnya penjagaan Allah terhadap dirinya.



Kunanti Putera Idaman



Kunanti putera idaman,
Panglima bijak gagah berani,
Menongkah arus dunia realiti,
Menegakkan panji Islam menjadi misi,
Hati bersulam kasih suci,
Menanti batasan waktu yang disepakati,
Cinta termeterai di bawah lembayung redha Ilahi..

Kunanti putera idaman,
Hati tertanya siapa gerangan,
Pemuda kahfi yang kental iman,
Pahlawan Badar yang gagah melawan,
Kagum bersemi pada pesona perjuangan,
Hormat membunga pada teguhnya pendirian,
Menahan silih bergantinya ujian dan godaan,
Menutupi hati walau diri jadi rebutan..
Menutupi hati walau diri jadi pilihan..

Kunanti putera idaman,
Sambil mendidik diri menjadi puteri idaman,
Kerana prinsip mahligai bahagia ini,
Berusaha lebih kepada menjadi,
Bukan sahaja kepada mencari..
Berusaha lebih kepada memberi,
Bukan sahaja kepada menerima dengan senang hati..

Kunanti putera idaman,
Yang sudi menerima diri ini apa adanya,
Dan sudi diterima dirinya apa adanya,
Yang berani menegur dan menasihati,
Dan berani untuk ditegur dan dinasihati,
Yang sudi menyayangi dengan seikhlas hati,
Dan sudi disayangi dengan seikhlas hati,
Yang akan membimbing diri ini ke jalan yang diredhai-Nya..