1.Cari yang lebih dalam agama utk mendidik dan jadi teladan terbaik utk anak2.Cari la yang jawatannya dan tingkat pendidikan lebih tinggi..kalau isteri lebih tinggi biasanya isteri cenderung bersikap bossy dan queen control.
2.Cari yg suami berusia lebih tua dari umur isteri.Orang cakap lebih tua lebih matang dan banyak pengalaman tentang kehidupan serta lebih lemah lembut dan gentleman terhadap isteri..=)
3.Sentiasa cari peluang untuk cium tangan suami.Nak keluar pergi kerja cium tangan suami.Nak balik rumah mak di kampung cium tangan suami.Nak pergi ambil anak di sekolah cium tangan suami.Suami pergi kerja cium tangan suami.Pendek kata setiap kali nak berpisah atau keluar rumah cium tangan suami dan jadikan amalan harian.Ini sangat dapat memupuk rasa hormat yang tinggi terhadap suami.
Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh
perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita
yang solehah." - (Riwayat Muslim)
4.Berusaha memahami setiap keputusan dan bertindak sesuai kehendak suami.Taatlah kepada perintah suami selagi ianya tidak bertentangan dengak syarak.Sebagai ketua keluarga dia pasti sudah berfikir masak-masak dalam setiap keputusan yang diambil.Jangan asyik mahu membangkang atau mempertikaikan keputusan yang diambil.Lagipun lelaki lebih bersikap rasional berbanding wanita yang sering dipengaruhi emosi dan perasaan.Seeloknya tunjukkan yang kaum wanita juga bijak dan rasional dalam bertindak barulah suami makin sayang.
pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang
wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan
Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya,
nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga
menurut kehendaknya." - (Riwayat Imam Ahmad)
5.Setiap kali sebelum tidur pandang muka suami puas-puas sambil ingat segala kebaikan dirinya dan apa saja perkara baik yang telah dilakukan untuk family.Usap ubun-ubunnya perlahan-lahan dan penuh kasih sayang.Maafkan sekiranya ada kesalahan kecil yang dia tidak perasan.Bukan apa orang lelaki ni kurang sensitif perasaan wanita terkadang mereka melukakan hati wanita tanpa sengaja tapi yakinlah mereka tidak bermaksud melukakan hati orang yang mereka cintai.
Monday, October 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment