Monday, November 9, 2009

Sultan Muhammad Al-Fatih

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Seperti mana kita sedia maklum bahawa usaha generasi muslimin yang lepas telah berlaku selama 800 tahun untuk membuka konstantinople yang sekarang ini dikenali sebagai Istanbul.

Namun kegagalan ini tidak mematikan semangat juang generasi muslimin selepasnya. Perjuangan diteruskan oleh khalifah-khalifah seterusnya, termasuklah bapa kepada Sultan Muhammad Al-Fatih, Sultan Murad II. Situasi yang masih sama juga berlaku (kegagalan menawan Konstinople) kerana masih belum menepati ciri-ciri sebaik-baik pemimpin dan tentera yang menjadi syarat kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w turut merebut peluang ini dengan menyertai pasukan tentera Islam Bani Umaiyyah yang dikenali sebagai Abu Ayyub al-Ansary r.a. Beliau wafat ketika dalam suasana perang akibat sakit tua dan berwasiat supaya jasadnya dimakamkan di bawah dinding kubu Konstantinople. Apabila beliau ditanya mengapa beliau mahu ditanam di situ maka beliau menjawab, ” kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa membuka Konstantinople.

Lahirnya Era Al-Fatih

Dalam usia yang sangat muda iaitu 19 tahun, al-Fatih telah diberi mandat untuk memimpin kerajaan Islam Uthamaniyah.Baginda telah memegang takhta selama 30 tahun(1451-1481) dan mangkat pada 3 Mei 1481 disebabkan penyakit gaut.Tetapi ada sebahagian sejarawan berpendapat baginda terkena racun.

Pendidikan baginda

Sejak dari usia kanak-kanak lagi, beliau telah dididik oleh Syeikh Syamsuddin al-Wali yang dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam ilmu keagamaan. Manakala dalam ilmu peperangan pula beliau telah diajar oleh bapa saudaranya sendiri. Berkenaan ilmu pemerintahan pula telah diajar sendiri oleh ayahandanya, Sultan Murad II .

Selain itu, baginda juga terkenal sebagai cendekiawan ulung pada zamannya yang berkebolehan bertutur dalam 7 bahasa :
1.Bahasa Arab
2.Latin
3.Greek
4.Serbia
5.Turki
6.Parsi
7.Hebrew

Keperibadian baginda
•tawadhuk dan rendah diri -cth peristiwa: Semasa membina benteng Rumeli Hissari, baginda telah membuka baju dan serbannya untuk mengankat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri ikut serta.
•sentiasa tenang.
•pendiam.
•berani.
•tegas.
•kuat menyimpan rahsia pemerintahan.
•cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Persiapan sebelum peperangan
.Mengkaji pelan kota Konstantinople pada setiap malam bagi mengenalpasti titik kelemahan kota tersebut.
•Mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen terdahulu dengan berbincang bersama beberapa orang panglima perangnya tentang strategi yang sesuai.
•Mengarahkan membina meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu yang telah dilakukan oleh seorang berbangsa Hungary iaitu, Urban yang telah dibebaskan oleh tentera Islam daripada penjara pihak Byzantin.
•Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Konstantinople di muara Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Binaan ini bertentangan dengan benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yidirim dahulu. Benteng berperanan untuk mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
•Perjanjian damai telah dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinople apabila diserang nanti.
•Membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang untuk membakar semangat jihad tenteranya.
•Apabila menghampiri dinding kubu kota tersebut, baginda mengarahkan tenteranya untuk melaungkan azan dan solat berjemaah.
Peperangan bermula…
•Pada 19 April 1453 serangan daripada tentera Islam telah dimulakan. Kota Konstantinople telah dihujani peluru meriam selama 48 hari.
•Tentera Islam menggunakan menara bergerak yang mampu menampung ratusan tentera untuk membolosi benteng pertahanan kota tersebut.
•Pihak Byzantin telah menerima bantuan daripada Pope Vatican dengan menghantar 5 buah armada yang lengkap dengan senjata. Peperangan telah meletus di laut dengan tentera Islam untuk menghalang pihak musuh daripada memasuki kota tersebut melalui Teluk Golden Horn. Pihak tentera Islam tidak berjaya menghalang mereka kerana tentera Islam telah dihalang oleh rantai besar yang telah dipasang di sepanjang pintu masuk kota tersebut.
•Baginda telah mengarahkan supaya mengangkat semua kapal perang menerusi arah belakang kota tersebut pada sebelah malam. Pada keesokannya, tentera Byzantin telah dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang tentera Islam di perairan Teluk Golden Horn. Taktik perang (walfare strategy) telah diakui sebagai satu taktik yang sangat hebat oleh para sejarawan Barat sendiri.
•Tentera Islam juga telah memanjat dan melasti dinding kota. Ramai yang telah syahid.
•Setelah selama 53 hari melakukan pengepungan, tentera Islam mulai bosan. Kemudian baginda telah membakar semula semangat juang tentera Islam dengan berkata “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.Maka munculah Hasan Ulubate menyahut seruan baginda dengan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera menembusi pertahan tentera musuh lalu memacakkan panji Islam. Kemudian mereka semua telah gugur syahid oleh sebab dihujani anak panah. Tindakan mereka ini telah menaikkan semangat tentera Islam yang lain yang seterusnya melakukan serangan dengan semakin hebat.
•Akhirnya pada 29 Mei 1453 tentera Islam telah berjaya membuka kota ini. Baginda telah menukarkan nama kota tersebut kepada Islambol (Islam keseluruhan). Gereja St. Sophies juga telah ditukarkan menjadi masjid Aya Sofiya. Baginda sejak daripada itu juga telah diberi gelaran sebagai al-Fatih atas kejayaannya itu.

Penilaian Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya

Pada hari pertama solat Jumaat. Tmbullah pertanyaan siapakah yang layak untuk menjadi imam. Baginda telah mengarahkan tenteranya untuk berdiri, kemudian mengajukan 3 soalan :
1.Siapakah antara kita sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali? Sila duduk. Semua tenteranya masih lagi berdiri.
2.Siapakah antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat Rawatib? Sila duduk. Sebahagian tentera baginda duduk.
3.Siapakah antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat Tahajjud walaupun satu malam ? Sila duduk. Semua tentera duduk kecuali baginda

Subhanallah inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang pemimpin dan tenteranya yang terbaik. Inilah mereka yang dimaksudkan Rasulullah saw.

Tetapi sekarang siapakah pengganti mereka untuk menegakkan kembali kalimah Alla di muka bumi ini ?renung-renugkan..

No comments: