Thursday, August 20, 2009

Bicara Hati



Naluri terikat pada prinsip dan pegangan
Niat kupasak jitu pintu hati dikawal rapi
Terkadang mengimbau indahnya kenangan
Yang kusimpan kemas dalam memori

Teruja aku bermain dengan bayangan semu
Tersenyum sendirian aku bila rindu datang bertamu
Terasa betapa bertuahnya aku menjadi temanmu
Maafkan aku andai pernah menjadi fitnah di hatimu

Kusangka lautan kasih sayang itu tenang
Namun hampir aku lemas di perbatasan cinta
Dalam mengah ke tepian kembali aku berenang
Kerana aku ragu itukah destinasi yang kucita

Belum ada jaminan aku miliknya
Belum ada jaminan dia milikku
Kenapa diperhambakan diri pada perasan yang bergelora?
Kenapa ketakutan kepada maksiat itu semakin membeku?

Muhasabah belayar dalam dilema
Hati menangis teresak-esak dibuai rasa
Butir mutiara bergenang di pelupuk mata
Ku kembali pada cinta agung Yang Maha Esa

Ya Allah kurniakan aku kesabaran dan ketabahan
Menanti cinta pilihanMu yang halal buatku
Ya Allah kurniakan aku kegembiraan dan keberkahan
Menikmati cinta pilihanMu yang halal buatku






No comments: