Wednesday, August 19, 2009

5 tips untuk lebih menghormati,menyayangi dan menghargai isteri




1.Pilihlah yang sekufu atau yang setara sekiranya dari awal anda sudah tahu yang anda memang seorang yang sangat mementingkan kelebihan tertentu dan pilihan yang terbaik.Kajian menunjukkan rasa kurang hormat pada suri rumah lebih tinggi berbanding isteri yang berkerjaya.Tapi sekiranya anda seorang yang sederhana,berlapang dada serta memang ingin mencari suri rumah sepenuh masa untuk disayangi sepenuh hati teruskan niat murni anda :)

2.Hadirlah setiap kali isteri bersusah payah melahirkan permata-permata comel dalam hidup anda.Pengorbanan isteri bartarung nyawa demi menyambung keturunan anda akan akan sangat menuntun hati nurani seorang insan bergelar suami.

3.Catit setiap kebaikan dan detik-detik manis bersama isteri tercinta dalam diari kecil anda.Baca setiap kali anda berasa marah atau kurang senang terhadapnya.Pasti percik-percik api marah itu akan suram dan bunga keceriaan akan bercambah dengan mekarnya dalam hati anda kembali.Kalau anda rasa leceh dengan idea catit mencatit ni simpan je kenangan terindah dan kebaikan isteri dalam cip-cip di otak anda asalkan anda yakin anda mampu recall later on..coz trilion sel neuron kita dilupuskan setiap hari :p

”Jangan membenci seorang mukmin (laki-laki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai” (HR. Muslim)

4.Didik anak bersama-sama dan luang masa banyak bersama isteri dan family.Be a family-man!!! Jangan risaula andai diperli kawan-kawan coz sebenarnya mereka jelous tengok keluarga bahagia anda.

“Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(QS: An Nisa' 19)

5.Setiap kali sebelum tidur genggam tangan isteri dan mohon maaf..bermaaf-maafan sebelum tidur adalah cara terbaek menghilangkan rasa geram-geram kecil atau menyelesaikan gaduh ala-ala manja yang sering kunjung tiba..dosa-dosa kecil akan luruh dari celah-celahan jari suami isteri.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang kita cintai pun berpesan:“Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan isteri-isteri mereka.”


hurm 1 : sy pown nk keluarga bahagia gak..amiiiin:)


hurm 2 : exam dah nk dekat!!!!


hurm 3 : buhsannyer umah x de tenet lg..Ya Allah permudahkanlah proses nk uruskan tenet kat umah amiiin..



No comments: