Sunday, May 3, 2009

5 perkara yang boleh buat isteri naik hangin satu badan dengan suami



1.Nak beli kereta baru padahal gaji cukup-cukup makan je..

“Eh sayang,abang ingat nak beli kereta sport porsche la..tak pun alfa romeo ke..bayar ansur-ansur..buat pinjaman pun okey gak..lepas ni kita kene jimat cermat la..sepanjang minggu ni abang ingat kita makan lauk ikan sardin..sepanjang minggu depan kita makan lauk ikan bilis..sepanjang minggu seterusnya kita makan ubi kayu cecah garam je ye sayang..”


2.Lupa nak beli hadiah untuk anniversary dan bagi alasan tak masuk akal..

“Alamak tadi abang dah beli dah rantai emas 44 karat..dekat kedai pajak gadai hujung kedai mamak kat simpang yang selalu kemalangan maut tu..cantik dan besar sangat cam rantai basikal..abang tak ingat letak mana la..abang rasa jiran kita Kumin tu curi la buat rantai monkey dia..nanti abang tanya dia balik k..”


3.Asik main game dan tengok perlawanan bola sepak 24 jam..

“abang,saya nak pergi pasar ni..tolong hantarkan”

“Oh hari ni abang tak keluar rumah la..pagi ni nak main game..petang nanti ada perlawanan arsenal lawan liver pool..”

“Oh ye tak ye saya lupa pulak hari ni saya tak masak la..abang makan la game dan tv tu okey!!!”


4.Tak menghargai seni berkebun isteri..

“aik,abang ada nampak tak bunga yang saya baru tanam kat laman tu..tadi saya tengok ada lagi..”

“ada rasanya abang nampak tadi..cuba tengok kat bawah tayar kereta..”


5.Sentiasa cakap tentang poligami padahal sah-sah tak mampu dari segi nafkah..

“sayang abang nak kahwin lagi..”

“abang,dari malam pertama kita kahwin sampai hari ni dah seratus kali abang ulang ayat yang sama..kalau abang ulang lagi sekali,saya sunat abang lagi sekali..”

No comments: