Showing posts with label kisah menarik. Show all posts
Showing posts with label kisah menarik. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Puteri Sheila on 7Eleven...


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven.Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan.Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.


Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.


Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.


Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu,yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.


Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,pertandingan pun berlangsung.....


Muncul lah lelaki yang pertama,


Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?


Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,bateri dan kapal terbang.


Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.


Lelaki#1 : Silakan....Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...


Muncullah lelaki ke-2.....


Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?


Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.


Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.


Lelaki#2: Silakan.....


Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.


Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...


Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apapun!


Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?


Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.


Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.


Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini...


Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!


Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan...


Maharaja tanya puterinya...


Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?


Puteri: Dapat....


Maharaja: Benda tu cair?


Puteri: Tak....


Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!


Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......


Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe.....


(Sila scroll down...........)
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M CAIR DI MULUT, TIDAK DI TANGAN.....KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...
TAK SESUAIII TAU KORANG............
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEHE.....


sumber : lawakngantuk.com

Wednesday, September 16, 2009

dah ready nak kawen? =P



Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku.Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali.Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat beb..., pengantin tu duduk atas bantal macam raja.

Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar....

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima".

Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi.....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.


Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi.....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana rupenyer taik gajah.. besar betul!!!!..nak2 bila gajah-gajah tu makan durian..

Fuhhhhhh!!!!!!! He..He... He...


sumber : lawakngantuk.com

Monday, September 14, 2009

benarkah..?


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh kaum wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.


Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.


Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.


Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA...


hurm 1 : klu sume guys yg tahu psl ni pakat2 kuar rumah ramai2 tanpa pakai deodoran beraktiviti smpai berpeluh2 sy curiga idup sy akan makin tenang n damai dengan aroma luar biase mereka..hehe=p

hurm 2 : anda pula bagaimana..?=)

Thursday, September 10, 2009

Kisah Adam dan Hawa 3

Pernikahan Adam dan Hawa

Setelah mendengar seruan Allah demikian,maka Adam segera menarik tangannya kembali,tidak jadi menyentuh Hawa.

Kemudian Allah memerintahkan kepada para malaikat untuk mempercantik dan menghiasi Hawa,supaya ia terlihat lebih cantik di mata Adam dari pada yang terlihat pertama kali.Berbagai hidangan lazat tersedia dan dihidangkan.

Lalu Allah memerintahkan kepada seluruh malaikatNya untuk berkumpul di bawah pohon Thuba.Mereka segera berkumpul dengan memuji kepada Allah.Setelah itu,Allah menikahkan Adam dengan Hawa dengan berfirman :
“Segala puji itu memujiKu,kebesaran itu pakaianKu,keagungan itu selendangKu,dan makhluk seluruhnya adalah hambaKu.Atas kesaksian malaikat Ku yang menempati langitKu,Aku nikahkan Adam dengan Hawa dengan indahnya ciptaanKu,dengan maskawin membaca tasbih dan tahlil kepadaKu” 1)

Kemudian para malaikat menyerahkan Hawa kepada Adam.Ketika Hawa meminta maskawin kepada Adam,maka Adam segera bertanya kepada Allah : “Ya Allah..apa yang harus aku berikan kepada Hawa ?Apakah intan permata atau jauhar ?”

“Bukan itu”.Jawab Allah.

“Apakah aku harus berpuasa,solat dan berzikir kepadaMu?”

“Bukan itu”.Jawab Allah.

“Ya Allah..apa maskawin yang harus kuberikan kepada Hawa ?”.Tanya Adam lagi.

“Sebagai maskawin kepada Hawa adalah membaca selawat 10 kali kepada nabiKu,yang menjadi pilihanKu,yakni Muhammad,yang menjadi junjungan para rasul,serta menjadi nabi penutup akhir zaman”

Maka sejak itulah Adam dan Hawa hidup berdampingan sebagai suami isteri,dan Allah menghalalkan syurga buat tempat tinggal mereka berdua.
1)Sebahagian riwayat menyatakan maskawinnya adalah membaca selawat kepada Nabi saw

Sumber : Fuad Kauma
Wanita-wanita muslimah pengukir sejarah

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Adam dan Hawa 2


Hawa Wanita Pertama Yang diciptakan

Menurut keterangan dalam kitab “As-Sab’iyatu Fi Mawa’idlil Bir riyyat” dalam bab pernikahan Adam dan Hawa,di situ disebutkan,bahawa proses pertama terciptanya Hawa adalah sepert berikut :

Ketika pada suatu hari Adam sedang duduk termenung di bawah salah satu pohon yang rendang,tiba-tiba dirinya seperti terhipnotis sesuatu sehingga membuat dirinya mengantuk.Kerana rasa mengantuknya yang hebat akhirnya ia tertidur di tempat itu juga.Ketika Adam sedang tidur itulah Allah mengeluarkan tulang rusuk Adam yang sebelah kiri tanpa Adam rasakan sesuatu apa pun.

Dari tulang rusuk Adam itulah Allah kemudiannya menjadikan seorang wanita yang cantik jelita,yang kemudiannya diberi nama “Hawa” sebagai ciri khas wanita sampai sekarang.Semua kemanisan,keanggunan,kecantikan serta keelokan wajah diletakkan kesemuanya ke dalam bentuk Hawa sampai hari kiamat.Selain itu,Allah juga memberikan sifat kesopanan,kebersihan,dan kerapian kepada Hawa.

Sedangkan kepada Adam,Allah meletakkan segala sifat kerinduan,cinta,kesenangan dan kasih sayang.Sehingga Allah menjadikan Hawa lah wanita tercantik di dunia sedangkan Adam adalah orang yang selalu merindukan dan mencintai.

Allah memberikan pakaian kepada Hawa yang begitu indah,disertai dengan 70 perhiasan yang menghiasi pakaiannya,sehingga Hawa nampak begitu anggun dan jelita.

Ketika Adam terbangun dari tidurnya,Allah segera memperlihatkan Hawa dengan segala kecantikannya dan keanggunannya kepada Adam sampai Adam terpesona dibuatnya.

Dalam hati Adam segera ingin tahu,siapakah yang ada di depannya,yang membuat dirinya tertarik untuk menanyakannya.

“Siapakah engkau ?”.Tanya Adam.

“Untuk siapakah engkau diciptakan ?”.Tanyanya lagi.

“Aku diciptakan untuk dirimu”.Jawab Hawa.

“Kalau begitu,kemarilah engkau !”.Kata Adam.

“Engkau sajalah yang kemari !”.Jawab Hawa dengan malu-malu.

Akhirnya Adamlah yang berjalan mendekati Hawa.Sejak saat itu,maka berlakulah adat kebiasaan yang terjadi sampai sekarang,yakni seorang lelakilah yang selazimnya mendekati perempuan,bukan sebaliknya.Setelah dekat dengan Hawa,Adam berkeinginan untuk menyentuh Hawa.Ketika tangannya dihulurkan untuk menyentuh Hawa,tiba-tiba Adam mendengar seruan yang mengatakan :

“Wahai Adam,tahanlah dahulu,sesungguhnya pergaulanmu dengan Hawa belum dihalalkan,kecuali dengan sedekah dan pernikahan”.

~bersambung..................:)

Monday, September 7, 2009

Kisah Adam dan Hawa 1

Adam yang kesepian

Allah menciptakan Adam dalam bentuk laki-laki yang sempurna.Ia adalah manusia pertama yang menghuni syurga dengan segala kenikmatannya.Penghuni syurga lain sangat kagum melihat bentuk Adam yang sempurna itu.Maka ketika Allah memerintahkan untuk sujud (menghormati) kepada Adam ciptaanNya yang baru,mereka pun langsung sujud (menghormati) dengan ikhlas kecuali iblis.

Untuk itu Allah bertanya kepada iblis :

“Apakah yang menghalangimu untuk bersujud ( kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu ?”. (Surah Al-A’raf : 12)

Betapa tidak tahu dirinya yang namanya iblis itu.Ia dulu tidak ada sama sekali ketika Allah belum menciptakannya.Namun kini setelah diri wujud,ia malah tidak mahu menghormati Adam seperti yang diperintahkan Allah kepadanya.Ketika Allah menanyakan mengapa ia tidak mau bersujud kepada Adam ? Maka ia dengan bongkaknya menjawab :

“Saya lebih baik daripadanya,Engkau ciptakan aku dari api,sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Surah Al-A’raf :12)

Melihat kesombongan iblis , Allah tidak menyukainya malah membuat Dia murka kepadanya,sampai Allah berfirman :

“Turunlah kamu dari syurga,kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya,maka keluarlah,sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”.
(Surah Al-A’raf :13)

Setelah diusir dari syurga,iblis meminta kepada Allah supaya dirinya dan anak cucunya tidak dimatikan sampai hari kiamat,agar dirinya dapat membalas dendam kepada Adam dan keturunannya yang telah menyebabkan dirinya diusir dari syurga yang penuh kenikmatan.(rujuk Surah Al-A'raf : 12-18)
Sejak saat itulah iblis menjadi musuh manusia yang nyata.Ia benar-benar berusaha menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan.

Berbeda dengan Adam,ia tetap menghuni syurga atas seizin Allah.Telah cukup berbagai kenikmatan dan kelazatan syurga yang selama ini dirasakannya.Namun baginya masih ada yang kurang kerana tiadanya teman,yang dapat diajaknya bertukar fikiran.Dirinya terasa hambar kerana tidak ada kesibukan apa pun kecuali hanya menikmati keindahan dan kelazatan syurga.

Kegelisahan dan keresahan Adam diketahui oleh Allah,maka Allah pun hendak memenuhi keinginanan Adam dengan menciptakan seorang teman yaitu Hawa.

~bersambung...............:)

Tuesday, April 28, 2009

rumput yang hijau

pernah dengar x atau ingat lagi x pada kisah rumput yang hijau..?saya pown dah x ingat sangat tapi citernyer lebeyh kurang camni tapi dah di up to date kan cket..maybe we can say it another version of story..

Seorang guru berkata pada student2nya..siapa boleh cari rumput paling cantik di padang sekolah..?ada syarat2nya..kamu perlu berjalan dari pinggir padang hingga ke hujung padang..kalau kamu nampak rumput yang paling hijau dan cantik di antara semua rumput2 laen di padang,kamu ambil..tapi dengan syarat setiap kali kamu melangkah kamu x boleh lagi mengambil rumput yg telah kamu lewatkan atau ada di belakang kamu..sape brani sahut cabaran saya..?

student X kuar..saya sanggup..!saya pown sanggup..!student Y plak tampil ke hadapan..

student X melangkah masuk ke padang..wow luasnya..dia pown memulakan langkahnya..hurm mana rumput yg paling hijau dan cantik eaah..eh yang ni cantik..tp nanti dulu yang kat depan2 mesti lagi cantik2..dia pown terus melangkah..fuyoo yang ni lebih hijau dan cantik dari yang tadi..xpela aku nak tengok yang kat depan lagi..mana tahu ada yang lebih hijau dan lebih cantik dari yang ni pulak..dia melangkah dan terus melangkah..sehinggalah sampai ke hujung padang..alamak dah x de yang paling hijau dan cantik..rugi aku x amik yang tadi..alangkah menyesalnya..dia pown pulang ke kelas dengan tangan yang kosong..

student Y laen plak alkisahnya..dia ni bijak dan ada jer akal dia..aku msti dapat punyer rumput paling hijau dan cantik..dia pown berjalan masuk padang..eh yang ni mesti paling hijau and cantik,aku nak amikla..alaaa dia cakap x bleh amik rmput yang dah terlepas kat belakang,bukan x bleh amik lebih dari 1 kan..ahhah,aku dapat idea..dia jalan lagi..yang ni lebih cantik dan hijau la..Y lepaskan rumput yang ada di tangannya..dia amik rumput yang baru 2..eh yang kat hujung 2 lagi hijau dan cantik..rumput yang di tangan terus dicampakkan..dia amik pulak rumput yang dirasakan lebih hijau dan cantik tersebut..tapi last2 sekali dia tengok kembali tangan dia..tiba2 dia rasa x sure adakah rumput yang dipegangnya rumput paling hijau dan cantik dari sume rumput kat situ..akhirnya dia pulang ke kelas dengan tangan kosong..

senang je point kat sini ibarat kita nak cari pasanganla mestila nak yang terbaek kan..tapi kalau kita terlalu mencari yang terbaek..kadang2 kita terlepas pandang yang ada depan mata kita..sampai nanti bila dia dah x de depan mata kita baru kita rasa kehilangan..baru kita rasa dialah yang kita cari2 dan terbaek bwat kita..tp kita x bleh nak memutar waktu mencari dia yang hilang..dah x bleh nak berpatah ke belakang..

Point yang laen plak,bila kita dah amik rumput 2 cam kita dah plih r pasangan kita..tapi dalam masa yang sama kita masih mencari-cari yang lebih terbaek padahal kita sndiri pown x perfect..klu cam2 bwat apa kita amik rumput yang tadi in the 1st place kan..kalau dah tahu belom yakin betol dengan rumput 2 bwat apa kita amik dia..pastu bila dah jumpa rumput yang laen..senang2 je campak rumput yang lama..ingat apa..?rumput yang lama ni x der perasaan ke..?last2 sendiri pown confuse mana yang terbaek..padan dengan muka…! Pendek kata dalam mencari yang terbaek fikirlah dalam2..once dah bwat pilihan yakinlah dia yang terbaek..and bercinta yang halal adalah selepas nikah..hoho..(*_*)

motivasi diri : jangan sesekali lepaskan peluang!!!

Seorang jutawan sedang memberi ucapan dalam sebuah majlis.Tiba-tiba dia mengeluarkan 10 keping duit RM100 dan berkata siapa nak duit ni sila tampil ke hadapan.Tiada reaksi dari mereka-mereka yang duduk dihadapannya.

Dia mengulang lagi tawaran itu sehingga kali kedua.Ada yang mahu tampil kehadapan baru dua tiga langkah tidak jadi dan duduk semula di kerusinya.Ada yang hanya memandang ke kanan dan kiri menunggu reaksi orang lain.Ada juga yang mahu bangun kemudian duduk kembali apabila kawannya berkata “kau ingat dia betul-betul ke nak bagi..?biar betul..!cam tak boleh caya je..unsangkarable la kalau dia nak bagi”.Ada antara mereka menolak-nolak antara mereka siapa yang mahu pergi “kaulah pergi..aku tak beranila”.. “eh,apasal aku pulak..kaulah pergi”.Akhirnya tetap tiada orang yang mahu kehadapan.

Jutawan itu mengulang tawarannya buat kali ketiga.Kebetulan ada seorang pemuda yang lalu di situ.Mendengat tawaran Jutawan itu pemuda itu terus tampil ke hadapan dan mengambil duit itu.Mereka yang lain terpinga-pinga kerana tidak percaya.Bukan tidak percaya apa..tidak percaya dengan kebododahan mereka sendiri yang akhirnya masing-masing gigit jari.

“Don’t let even one second when the opporturnity is in front of you.
Just grab it and don’t hesitate.Maybe it’s your luck.”

Maksudnya kat sini apa saja peluang yang datang depan mata jangan sekali dilepaskan atau dibiarkan berlalu begitu saja.Siapa tahu rezeki menyebelahi kita.Belum cuba belum tahu.Dan jangan bermain-main dengan perasaan ragu-ragu kerana perasaan ini hanya akan merugikan.Kenapa kita nak menakut-nakutkan diri kita dengan sesuatu kegagalan yang belum terjadi dan kenapa tidak kita semangatkan diri kita dengan kejayaan dan kecemerlangan yang mungkin milik kita asal kita berusaha.

-salam motivasi dan senyum selalu-