Showing posts with label chef berjaya. Show all posts
Showing posts with label chef berjaya. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

Nasi beriani spesial



Bahan-bahannya.

600 gm beras wangi (Bismathi)
20 gm bawang putih (dimayang)
50 gm bawang merah (dimayang)
20 gm halia (dimayang)
5 gm kulit kayu manis
5 gm buah pelaga
5 gm bunga cengkih
5 gm bunga lawang
2 helai daun pandan
½ tin minyak sapi
30 gm lobak merah (dipotong dadu)
30 gm daun sup
20 gm kacang pis
Pewarna kuning (bahan untuk kekuningan)
Garam secukup rasa
Susu cair secukup rasa

Caranya:

1)Cuci beras terlebih dahulu.

2)Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, sehingga garing.

3)Masukkan susu & daun pandan, garam (secukup rasa), serta sedikit air.

4)Setelah nasi masak, masukkan pewarna kuning, lobak merah, daun sup & kacang pis.

Bahan-bahannya.

1 kilo ayam yang telah dipotong
3 sudu rempah kari ayam
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
Sedikit halia, gula, kicap & garam

Caranya:

1)Ayam yang telah dipotong dibersihkan & digoreng sederhana masak.

2)Bawang putih & bawang merah serta halia dihiris & ditumis hingga kuning.

3)Masukkan rempah & kicap, garam & gula secukup rasa.

4)Masuk ayam hingga masak.

Wednesday, November 4, 2009

kek chiffon oren



Bahan-bahannya.

6 biji telur ayam
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat / susu cair
5 biji oren sunkiss (diblend dan ambil jusnya)

Caranya:
1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi.

2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus oren dan garam.

3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga kental.

5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

6)Masukkan dalam bekas acuan yang cantik.Dimasak menggunakan oven atau dikukus.

Wednesday, April 29, 2009

nasi goreng tom yam ellyana mawaddah




Bahan-bahan ( 2 orang )


  • 2 mangkuk nasi

  • 10 ekor udang segar

  • 5 ekor sotong kecil

  • 100g daging ayam - potong dadu

  • 100g daging lembu – potong dadu

  • 4 biji bawang merah – giling halus

  • 2 biji bawang putih – giling halus

  • 3-4 biji cili padi – giling halus

  • 1 peket perencah tomyam adabi

  • carrot – potong dadu

  • tomato - potong dadu

  • 1 batang serai - ketuk

  • 3 helai daun limau purut – dihiris halus-halus

  • 3 biji telur

  • garam secukup kasih sayang


Cara-cara



  1. Tumis bawang merah,bawang putih,cili padi yang telah digiling halus hingga naik bau wangi yang membuat anda bersin dan jiran-jiran tertarik untuk datang menjenguk.

  2. Campakkan perencah tomyam dengan ditambah air sedikit.Campakkan ayam dan daging.biarkan masak sekejap.

  3. Lontarkan sotong, udang, carrot,tomato,serai yang telah dihentak dan daun limau purut.gaul rata.

  4. Pecahkan dan musnahkan telur dan taburkan garam secukup kasih sayang. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.

  5. Hias dengan hiasan kreatif secantik mata memandang.

  6. Hidang dengan agar-agar jelly sebagai pencuci mulut.

-selamat mencuba dan senyum selalu-